Wednesday, 26 October 2016

Kursus

Aku tak pandai..org minta..aku memberi..

Aku dan mesin jahit

Nama aku Aris..
Aris boleh Repair Seluar..
Aris pandai ubahsuai seluar..
Aris pandai jahit cantik-cantik..
Aris dah 20 tahun menjahit....
Aris dah tak ingat berapa helai seluar jahit....
Aris fanatik gila menjahit....
Aris selalu.menjahit sampai larut malam..
Aris kadang2 tak ada mood nak menjahit..
Aris pernah kena marah dengan pelanggan..
Aris pernah jatuh dalam bisnes repair jeans..
Aris naik balik dalam bisnes repair jeans..
Aris tak pernah mengalah repair jeans..
Aris sangat gila menjahit..
Aris menjahit..duit makan tak pernah putus..
Aris menjahit..dapat rezeki halal...
Aris pernah rosakkan seluar pelanggan..
Aris jadi power gila..disebabkan kesilapan..
Aris pernah bagi ilmu repair jeans percuma..
Aris pernah kenakan caj untuk belajar menjahit..
Aris dah ada 60 pelajar....
Aris ada pelanggan setia..
Aris ada orang yang dengki..
Aris pernah hilang kedai..
Aris ada kedai baru..
Aris hilang lagi kedai..
Aris ada lagi kedai baru..
Aris pernah hilang yang tersayang..
Aris diganti dengan yang paling sayang..
Aris pakai kereta baru..
Aris hilang kereta baru..
Aris pakai kereta terpakai..
Aris dapat motor buruk..
Aris suka motor buruk..
Aris tak ada duit banyak..
Aris tak ada kereta import..
Aris ada anak-anak sihat..
Aris ada isteri cantik..
Aris ada kesihatan..
Aris ada kekuatan..
Aris ada yang korang takada..
Aris ada benang..
Aris ada mesin jahit..
Aris ada skills..
Aris ada Allah..
Aris ada Nabi Muhammad saw
Aris ada Al Quran..
Aris ada malaikat di bahu kiri dan kanan..

Thursday, 20 October 2016

Seluar Mahal.

Salam admin dan kawan2..tumpang beriklan..

Dalam dunia repair jeans..sama juga dgn dunia jahitan yg lain.cuma masing2 ada keunikkannya sendiri..ada cabaran dan resiko yg terpaksa kita hadapi..Sebagai contoh..dlm dunia repair jeans..ada golongan yg betul2 fanatik dengan pakaian jeans berjenama..seperti Levis..Evitsu..Guess..Momotaro dan lain2..Harga bagi sehelai seluar bukannya murah..ada yg hingga cecah ribu..
Pemilik seluar yang hendak seluarnya diubahsuai..pastinya akan mencari tukang pengubahsuaian yg profesional. Ini kerana..bagi mengelakkan seluar dari rosak jika tidak megikut spec yang betul semasa proses pengubahsuaian.

Hanya kesilapan yang kecil..pemilik seluar akan meminta ganti rugi jika tidak melakukan proses pengubahsuaian yg betul. Sebagai contoh..pemilik seluar yg inginkan bahagian paha..cawat..lutut..kaki..diubahsuai..bahagian ini mempunyai part keaslian yg perlu dikekalkan..seperti jenis sulaman benang jahitan..tona warna pada tulang sebelah dalam..cara mematikan benang dan banyak lagi.

Caj yg dikenakan sedikit.mahal dari harga caj basic perkhidmatan untuk seluar biasa. Bayangkan jika kita kenakan caj Rm20 untuk seluar yg harganya Rm1ribu...beranikah kita nak tanggung untuk ganti seluar yg baru jika berlaku kesilapan..jika dapat order untuk ubahsuai 4helai serentak dari seorang pelanggan..menggeletar tangan dibuatnya.

So pengalaman dan ilmu tu penting...yg jarang dan susah untuk anda jumpa seseorang yg nak share formula ini untuk anda. Apapun belajar step by step..lama2 insyaAllah pandai..jgn jadi seperti saya asyik poyo jeee..

KURSUS ONLINE REPAIR JEANS SESI PERTAMA.
Belajar melalui aplikasi WhatsApp..untuk detail whatsApp saya 0182309037

Thursday, 13 October 2016

Pemahaman mengenal cutting seluar.

Saya nak SHARE....Atas tadi gambar mengenai cutting seluar LEE...Dulu saya pernah.bekerja sebagai promoter..20tahun yang lalu..sebelum kita nak terjun dalam dunia Repair Jeans..perkara basic yg kita perlu tahu adalah..jenis2 cutting seluar. Contoh: Slim Fit..Regular fit..trim fit..straight cut..flare cut..boot cut dan banyak lagi. Kalau contoh gambar atas..ada 3 jenis cutting yg berbeza..tapi style yang sama...Untuk jenama Lee cutting basic code.no 200 adalah straight fit jeans..tu basic..tk ketat sangat.dn tak longgar sangat..Untuk Slim Fit..code no 201..untuk pemakai yang inginkan style sedikit ketat pada bahagian paha sehingga ke babagian bawah..cuttingnya kecil sedikit dari code no 200. Untuk Relaxed fit..code no 208..untuk pemakai yg suka style longgar2..mungkin paha si pemakai sedikit besar..cutting ini adalah amat sesuai.

Permintaan pelanggan akan bertukar mengikut peredaran masa...contoh sekarang terkenal dengan cutting skinny untuk golongan muda...dan yang perasan muda walaupun dah tua (saya).....Poyo

Ubahsuai Pinggang

Salah satu perkhidmatan dlm dunia repair jeans..adalah ubahsuai bahagian pinggang..ada beberapa style yg boleh kita lakukan dn pelajari..
Ubahsuai pada bahagian belakang dan beberapa teknik pada bahagian tepi seluar..

Contoh..jika seluar berjenama seperti levis..jika ingin bahagian pinggang hendak dikecilkan..part yg penting yg kita perlu kekalkan adalah.pada bahagian tepi.yg mempunyai revet (butang timah kecil tepi poket)

Bahagian ini..jika tidak tahu cara dn spec yg betul..seluar yg diubahsuai  akan kehilangan revet tersebut..ini akan mencacatkan kondisi seluar dan tidak.akan kelihatan seperti asal(original).

Ada juga..jika kita mempunyai peralatan yg mencukupi..sebelum proses ubahsuai pinggang dilakukan..rivet dibuang terlebih dahulu..dan dipasang semula setelah diubahsuai...

Rivet yg lama..tidak dpt digunakan lagi..untuk pengantian rivet..pastikan juga rivet tersebut adalah tertera jenama yg sama dengan jenama seluar yg diubahsuai.������

Tuesday, 4 October 2016

Kelas online Repair Jeans..melalui WhatsApp

Kelas online REPAIR JEANS.

DETAIL UNTUK SESI KELAS.

1.Kelas ini akan dijalankan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.
2.Kelas bermula pada 1NOV 2016 (Selasa) Jam 9 MALAM.
3.Yuran pembelajaran:
-Harga promosi Rm70 bagi yang membuat pendaftaran awal pada
1hb Oktober--15 Oktober.
-Harga yuran Rm90 bagi yang membuat pendaftaran pada 16 Oktober--30 Oktober
4.Peserta yang telah mendaftar untuk sesi kelas,saya akan masukkan (Add) anda ke dalam GRUP WhatsApp. "JEANS REPAIR SCHOOL (1)"
-Minima peserta adalah terhad kepada 35 orang sahaja untuk satu Grup. Peserta yang selebihnya
Saya akan masukkan ke dalam GRUP WhatsApp, "JEANS REPAIR SCHOOL (2).
5.Anda akan belajar dengan kaedah melalui nota/gambar/video dan voice audio.

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

1.Tidak left dari Grup tanpa memohon izin terlebih dahulu dari guru.
2.Menghormati majlis ilmu, guru, dan rakan2 yang lain
3.Tiada sebarang iklan atau text dari mana-mana pelajar semasa kelas dijalankan. Kecuali dengan kebenaran guru, iaitu sewaktu soal jawap dijalankan.
4.Hanya presenter(Guru) dan Moderator(Admin)
sahaja yang dibenarkan berinteraksi di dalam Grup semasa kelas dijalankan.
5.Pastikan segala nota2 dan bahan pembelajaran lain yang anda perolehi dari sesi kelas tidak disebarkan ke laman sosial facebook..Instagram dan lain2..perkongsian kepada rakan2 atau ahli keluarga melalui Aplikasi WhatsApp adalah dibenarkan.
6.Apa jua jenis soalan hendaklah diajukan ke dalam Grup berasingan iaitu GRUP "SOAL & JAWAB".
Dimana anda akan di ADD kemudian..sehari sebelum sesi kelas dijalankan. Ini kerana bagi menggelakkan menganggu tumpuan anda...nota2 atau bahan2 lain di dalam Grup.

Anda berminat..? Jika ya.jum.daftar segera..0182309037..whatsApp

Monday, 3 October 2016

Jeans Garage


Dulu2 punya cerita..

Aku nak share cerita poyo..semasa aku zaman remaja..time aku kerja makan gaji dgn seorang tokey cina yg sempoi di Penang. Aku Spm tk pass..kantoi..aku masuk pusat Giat Mara..kos jahit pakaian lelaki..lepas keluaq dri Giat aku terus dapat kerja. Sebab aku boleh menjahit...time interviewz..bos aku tnya satu soalan je..apa lu ada.yg boleh bantu saya..Disitulah aku dpt banyak pengalaman dlm bidang Alterations.

Masa aku dah mula2 bekerja..boss aku cmpak aku kat salah satu kedai yang menjual pakaian kepunyaannya..aku start permulaan dgn menjadi seorang promoter .walaupun dulu time sekolah tu aku bercita2 nak jadi Reporter...tpi apa boleh buat..belajaq tu tak pandai2..bengap terlebih..

Takpaaala.. janji bunyi nk dkt sama...aku belajar banyak pengalaman mengenai seluar Jeans.dan.cara menjual..darilah cara kenal cutting dan fesyen seluar hinggalah ke makan nasi lemak dalam stor seluar.. berlapikkan dgn seluar levis time bersila kat lantai..hehe..

Part yg sempoi..kat situ ada seorang brader tukang Repair Jeans..krja under tokey yg sama juga....kira dok bawah satu bimbung laaa...brader ni perghh..sombong gila..time aku tegur....ada ka patut dia buat tk tau ja...haram tk hensem pun..

Nanti sambung

Sunday, 2 October 2016

Aku dan benang.

Aku..pejam celik..pejam celik dah 20 tahun lebih aku mengadap mesin jahit..entah seluar yg keberapa harini aku jahit..yg ke seratus ribu..?..yg ke 200 ribu..?..aku tk sedar dah..hari2 aku bermain dgn seluar jeans..sejak lepas sekolah lagi..

Nak jadi seorang tukang repair jeans ni perlukan kemahiran dn ketelitian yg tinggi..kerja tkmau cincai2 bro...nampak.seperti mudah..tpi kerja kena penuh dengan seni...susunan benang harus kemas..dan perlu guna teknik..spec dan skill yg betul..bukan main belasah je...

Saturday, 1 October 2016